SAMBUTAN MAULID DI MAKKAH SUATU KETIKA DULU (SEBELUM WAHABI BERKUASA DAN MELARANGNYA)

SAMBUTAN MAWLID DI MAKKAH SUATU KETIKA DULU

Bacaan Lainnya

Imam Ibnu Hajar al-Haitami رحمه الله تعالى dalam kitabnya al-Mawlid asy-Syarif al-Muadzdzham, Syeikh Ibnu Zahira al-Hanafi رحمه الله dalam al-Jami’ al-Lathif fi Fasl Makkah wa Ahliha,  ad-Diyabakri رحمه اللع dalam Tarikh al-Khamis dan Syeikh an-Nahrawali رحمه الله dalam al-I’lam bi A’lami Bait Allah al-Haram, menulis senario sambutan Mawlid Nabi ﷺ di Makkah seperti berikut:-

♡ Setiap tahun tanggal 12 Rabiul Awwal, selepas sholat Maghrib, keempat-empat qadhi Makkah (yang mewakili mazhab yang empat) bersama-sama orang ramai termasuk segala fuqaha, fudhala (orang kenamaan) Makkah, syeikh-syeikh, guru-guru zawiyah dan murid-murid mereka, ruasa’ (penguasa-penguasa), mutaammamin (ulama-ulama) keluar meninggalkan Masjidil Haram untuk pergi bersama-sama menziarahi tempat Junjungan Nabi ﷺ dilahirkan. 

Mereka berarak dengan melaungkan zikir dan tahlil (mungkin di sini asalnya tradisi orang kita mengadakan perarakan Mawlid). Rumah-rumah di Makkah diterangi cahaya pelita dan lilin. Orang yang turut serta amat ramai dengan berpakaian indah serta membawa anak-anak mereka sekali. Setiba di tempat kelahiran tersebut, ceramah khas bersangkutan Mawlidin Nabi ﷺ disampaikan serta kebesaran, kemuliaan dan mu’jizat Junjungan Nabi ﷺ diceritakan. 

Setelah itu, doa untuk Sultan, Amir Makkah dan Qadhi Syafii (ini adalah kerana mazhab Syafii adalah yang paling dominan di Hejaz sebelum penjajahan Wahhabi) dibacakan dengan penuh khusyu’ dan khudu. Setelah hampir waktu Isya, barulah mereka berarak semula pulang ke Masjidil Haram untuk menunaikan sholat Isya.♡

• Kredit kepada teman al-faqir yakni al Fadhil Ustaz Adlan Sarawak حفظه الله atas tulisan beliau ini.

Ustaz Abu Zahrah Abdullah Tahir

Pos terkait